Friday, June 21

r e l a s i

Assalamualaikum wbt
Dengan izinNya, aku meneliti halaman demi halaman dan tepat jam 0145, 18 June 2013 tamat sudah pembacaan buku ni.







Buku karya penulis muda terkenal Hilal Asyraf ini betul-betul buat aku tertanya-tanya apa yang akan jadi seterusnya. Elemen suspen digunapakai untuk menarik minat aku untuk teruskan pembacaan.
Puitis, sistematik penceritaannya dan yang pasti sesuai dengan jiwa aku yang baru merangkak dalam dunia membaca novel. Tapi aku ni tak la baca novel cintan cintun. Seriously bored.

Relasi mencari sahabat sejati yang awesome ni telling us what friendship is all about.
Sahabat hanya kerana mencari keredhaan Allah swt. 
itu yang dipegang oleh Saifullah Al-Maslul sebagai watak utama dalam novel tarbiah ni.
Banyak suka duka yang dia tempuhi dalam mencari erti sebenar sebuah persahabatan. 
Demi mencari siapa yang layak bergelar “ s a h a b a t “.

Hmm, suasana didikan dan asuhan Islam yang mereka praktikkan jauh beza dengan keadaan aku.. hahaha.. yela.. budak sekolah agama.. apepun awesome r cite ni. Ending yang gempak membuatkan indahnya erti sebuah persahabatan kerana Allah swt.

semoga rahmatNya bersama sahabat-sahabatku :-)


No comments: