Wednesday, July 10

ramadhan kareem


assalamualaikum wbt.

bulan yang penuh barokah sudah tiba.
buat semua umat Islam diseluruh pelusuk bumi ini.
selamat menunaikan ibadah puasa.

puasa sememangnya memberi aura yang amat menyeronokkan.
tak terkata.
bagi aku, aku selalunya dapat rasa macam keadaan berpuasa 2 atau 3 bulan sebelum datangnya ramadhan.
hehehe.. susah nak explain.. huhu

setiap orang mesti ada pengalaman tersendiri tentang kantoi puasa kecik2 dulu kan.. hahaha..
aku dulu kecik2 dengan jiran aku nama dia ijat..
kira ngammmm dengan dia la dulu..
even dia lagi tua dari aku.. hahaha.. malam2 kami kait buah jambu depan rumah dia dan simpan dalam plastik.. esok pagi time semua orang puasa kami makannnn.. hahah.. jahat2..
tapi ada jugak orang yang dari kecik dah puasa penuh.. alhamdulillah dan tahniah! keep it up.
jangan dah beso malas nak puase sudaa.. hehe gurau je..

apa pun dibulan yang mulia ini tingkatkanlah amalan dan ibdah kita kepada Allah swt.
ikhlaskan diri kerana Allah swt.

selamat bersahur.
o.Ov


No comments: